29 May 2017

Bukit Sungai Udin, Tawau

Bukit Sungai Udin, Tawau | Bukit ini agak terkenal di Tawau namun telah di salah anggap oleh para pendaki. Bukit ini sebenarkan merupkan Bukit Sungai Udin namun ramai yang mengelarkan Lion Hill ( termasuk di Instgram Unni sendiri ). Lion Hill sebenarnya terletak di sebelah Bukit Sungai Udin Ini. Tapi if nak kepuncak Lion Hill pun boleh melalui kawasan ini atau melalui Bebika Lion Hill Tawau.

Baca kat sini Bebika Lion Hill Tawau

Bukit Sungai Udin, Tawau

Bukit Sungai Udin ini terletak di Sungai Udin Tawau, terletak 58.3KM dari Bandar utama Tawau kira-kira 1 jam 5 minit perjalanan. Bukit ini merupakan bukit yang paling jauh dari bandat utama Tawau. Dengan ketinggian yang tidak di ketahui. Namun jika carian googel tidak Berjaya mungkin di sebabkan kawasan ini merupakan kawasan pedalaman dan tanaman kelapa sawit so hanya orang-orang yang tinggal kawasan area Tawau yang mengetahui untuk pertanyaan boleh email kat unni ( cik.unnianje@gmail.com )

Allahamdulilah Bukit Sungai Udin ini merupakan misi Jun bagi 1 Month 1 Hill namun telah di awalkan yang di laksanakan pada bulan mei ini kerana bulan Jun telah memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak. So bulan puasa ini segala aktiviti hiking akan di hentikan seketika.

Bukit Sungai Udin, Tawau
Starting Point
Penyertaan kali ini adalah penyertaan yang paling ramai dalam misi 1 Month 1 Hill. Di mana telah disertai seramai 39 orang ( turut di sertai beberapa orang lelaki ) kerana penyertaan kali ini Unni buka kepada umum.

Pemulakan pendakian memang la sangat mencabar. Kawasan bukit sungai udin ini merupakan kawasan kelapa sawit seperti di Bukit Lee Man Kui. Namun keadaan sini sangat-sangat berbeza dengan Bukit Lee Man Kui dan jauh lebih mencabar, sebab tu kami menbawa pendaki lelaki.

Bukit Sungai Udin, Tawau

PART 1 tempat wajib bergambar. Kawasan ini adalah separuh perjalanan ( 50% ) sahaja tapi boleh lihat pemandangan Kawasan Sungai Udin. Kawasan ini agak tinggi yang unni boleh tafsirkan ketinggian melebihi 1000M. Namun kena berhati-hati kerana hanya satu laluan yang ada kiri dan kanan adalah jurang.

Bukit Sungai Udin, Tawau

Tempat ini adalah salah satu tempat yang agak berbahaya, hanya terdapat laluan kecil untuk kami melalui kawasan ini, rumput-rumput itu adalah kawasan jurang. Bagi yang gayat memeng di sarankan jagan pandang belakang. Gambar ini di ambil semasa turun dari bukit.

Bukit Sungai Udin, Tawau

PART 2 tempat wajib bergambar 70% perjalanan. Pokok ini merupakan pokok tunggal yang megah berdiri tanpa sehelai daun padanya. Kalau tumpang maybe boleh buah sebiji rumah kecil kan. Hihihiihi. Subahanallah masih megah berdiri kukuh di kelilingi pokok kelapa sawit.

Bukit Sungai Udin, Tawau

Daun-daun kat sini juga da agak kering mungkin disebabkan cuaca yang agak panas dan selepas ini tiada lagi menjumpai kawasan curam namun kamu akan melalui kawasan rumput yang lebih tinggi dari kamu.. Nak jalan tu memang payah sebab tak nampak apa hanya berpandukan laluan kecil yang telah di lalui oleh pendaki sebelumnya.

Bukit Sungai Udin, Tawau

Haa nmpak tak rumput tu. Kalau rasa tinggi tu melebihi 200M boleh kot melepasi tinggi rumput.

Bukit Sungai Udin, Tawau

PART 3 wajib bergambar dimana perjalanan 80%. Kat sini memang da boleh lihat view full kaawasan Sungai Udin ni, hanya boleh melihat beberapa buah rumah dan selebihnya kawasan kelapa sawit . Lihat gambar dan nilai sendiri betapa indahnya pemandangan kat sini. Bak kata pepatah biarlah gambar berbicara gitu. Subahanallah.

Bukit Sungai Udin, Tawau

Ini adalah tempat yang sangat-sangat wajib kamu ambil gambar!!! Tempat ini la ramai yang ambil gambar then caption Lion Hill. Sebenarnya ini bukan la Lion Hill tetapi Bukit Sungai Udin. Lion Hill terletak bersebelah bukit ini. Satu kawasan pelancongan yang di namakan Bebika Lion Hill dan mempunyai tiket masuk. Kat sini percuma saja. So PART 4 wajib ambil gambar 90% perjalanan. Ramai yang hanya menhentikan perjalanan di sini. Bergambar kat sini then kembali turun semula.

Bukit Sungai Udin, Tawau

Yes tempat ini juga sangat wajib bergambar!!! PART 5 wajib ambil gambar 93% perjalanan. Kami di temani oleh si JEJAKA ( suami kepada ahli muslimah hikers paling depan berbaju hijau ). Kawasan ini juga agak berbahaya. Kalau tergelinci maybe terus GOLL.. hihihi gurau jak. Just be carefull if melalui kawasan ini. Agak jarang para pendaki untuk meneruskan perjalanan kesini mungkin keadaan jalan yang sangat-sangat tidak selamat dan tak ada apa lagi yang istimewa di atas sana.

Bukit Sungai Udin, Tawau

97% perjalanan PART 6 wajib ambil gambar. Berehat sebentar di bawah pohon pokok yang satu-satu tempat berteduh kat atas sini. lebih kurang 10 minit kami habiskan masa di sini keran time ini azan Zohor sedang berkumandng 12.23 PM.

Bukit Sungai Udin, Tawau

100% perjalanan PART 7 wajib ambil gambar. Kami memutuskan untuk menghentikan pendakian di atas sini kerana keadaan jalan yang semakin semak dan rumput semakin tinggi. Ini merupakan kawasan yang paling tinggi. Hanya beberpa orang sahaja yang meneruskan naik kesini manakala yang lain ada turun terlebih dahulu dan ada yang menunggu di pokok tempat berehat tadi.

Antara bukit-bukit Tawau yang Unni pernah daki, ini lah bukit yang paling cantik dan mencabar. Betul-betul menguji stamina dan kesabaran. Seperti biasa Unni merupakan orang terakhir yang akan sampai untuk mestikan semua ahli tiba di atas. Terakhir dan sibuk Selfie!! Hahahahahaha


Perjalanan kembali pulang ... Macam mana naik macam tu juga la turun semula..

Tip Mendaki Bukit Sungai Udin, Tawau

1. Pastikan membawa bekalan air secukupnya.
2. Patikan stamina cukup untuk hiking.
3. Patikan membawa seorang Guide yang jalan.
4. Pakai kasut yang sesuai.
5. Berjalan terus tanpa pandang belakang.
6. Bawa bekalan makanan sedikit.

Selamat mendaki semua..

BACA INI JUGA : Bukit Gemuk, Tawau
                                Bukit Lee Man Kui, Tawau
                                Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna


7 comments:

  1. sgt best hiking bjemaah dan sgt2 extravaganza best bila di akhir lelah dpt tgk view seindah ini =D

    ReplyDelete
  2. Ini iron girl jiwa kental..cuma laluan tu mmg semak sikit..

    ReplyDelete
  3. Akak memang minat hiking...now kena rest dulu

    ReplyDelete
  4. Cantiknya view diaaaa!! gambar-gambar pun cantik.
    rasa nak pergi hiking dekat sana sekarang ja haha.

    ReplyDelete
  5. peh..memang rare la gambar bertenggek kat celah batu tu haha

    ReplyDelete
  6. Boleh bagi location...
    Search di Google x dapat...

    ReplyDelete
  7. Boleh bagi location...
    Search di Google x jumpa...

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^