31 May 2017

Resepi Sotong Sambal Belacan Masakan Paling Mudah Dan Sedap

Resepi Sotong Sambal Belacan Masakan Paling Mudah Dan Sedap | Resepi ini menjadi pilihan Unni pada Ramadhan ke 4. Dengan penyediaan yang sangat mudah dan sedap. Masakan ini juga boleh di jadikan masakan pembuka selera kerana agak pedas. Bagi peminat makanan pedas boleh la mencuba resepi ini. Bagi yang susah untuk bersahur jadikan makanan pedas sebagai pembuka selera.

Sotong Sambal Belacan

Resepi Sotong Sambal Belacan

Bahan-bahan

1. Sotong 1/2 kg - di potong-potong dan tos sehingga kering
2. Cili Api ikut kepedasan - di kisar
3. Belacan - di kisar
4. Bawang merah 2 ulas - di kisar
5. Bawang Putih 2 ulas - kisar
6. Bawang Besar 1 biji - di potong bulat
7. Lada Merah 1 biji - di potong-potong
8. Air Asam Jawa
9. Sedikit gula 
10. Sedikit garam.
11. Sedikit Minyak

Cara-cara membuat 

1. Cili api, belacan, bawang merah, bawang putih di kisar.
2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak kemudian masukkan bahan-bahan yang di kisar sehingga garing.
3. Masukkan sedikit  gula dan sebatikan sehingga keluar minyak dan kering.
4. Masukkan sotong yang telah di tos sehingga kering dan gaul sehingga sebati.
5. Kemudian, masukkan air asam jawa dan sedikit garam dan gaul sehingga sebati dan masak
6. Akhir sekali masukkan bawang besar yang di ptong bulat dan lada merah yang dipotong-potong tadi kemudian gaul.
7. Siap untuk di hidangkan.

Pastikan kamu menggunakan sotong yang segar dan bersaiz besar. Bersihkan sotong tersebut, buang dakwat, tulang dan biji atas kepala sotong. Masakan bersih dan sihat. Elakkan menggunakan sotong yang bersaiz kecil kerana apabila sotong di masak sotong akan menjadi kecut dan akan hancur apabila di tumis bersama-sama bahan-bahan yang lain.

Resepi ilham daripada blog kak Suria Amanda yang telah di gubal menjadi Sotong Sambal Belacan!!! Unni memang speasis sukakan masakan pedas kalau tidak pedas tak lalu nak makan.

Selamat Mencuba


Resepi Ayam Percik Putih Kelantan Makanan Pembuka Selera

Resepi Ayam Percik Putih Kelantan Makanan Pembuka Selera | Masakan ini merupakan makanan yang berasal dari kelantan nama pun Ayam Percik Putih Kelantana kan. Menu ini sangat sesuai di jadikan menu pembuka selesa terutama di bulan Ramadhan ini. Jadikan Ayam Percik Putih Kelantan ini sebagaii masakan pembuka selera di bulan puasa.Menjadi kegemaran semasa berbuka puasa.

Resepi Ayam Percik Putih Kelantan Makanan Pembuka Selera
Ayam Percik Putih Kelantan

Resepi Ayam Percik Putih Kelantan


Bahan-bahan Perapan Ayam Percik Putih Kelantan 

1. Bawang Merah - 6 ulas
2. Bawang Putih - 4 ulas
3.Serai - 1 batang
4. Sedikit garam
5. Halia - 2 cm
6. Ayam - 1 kg

Bahan-bahan kuah  Ayam Percik Putih Kelantan 

1. Santan Pekat - 3 cawan
2. Seria - 1 batang
3. Cili Kering - 1 tangkai
4. Bawang Merah - 10 ulas
5. Halia - 6cm
6. Sedikit Garam
7. Sedikit Gula
8. Air Asam Jawa
9. Sedikit minyak

Cara-cara Membuat  Ayam Percik Putih Kelantan

1. Bahan-bahan perapan di blande kesemuanya kemudian campurkan bersama-sama ayam dan perap selama 1 jam.
2. Bahan-bahan kuah pula serai, cili kering, bawang merah dan halia di bland bersama-sama.
3. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali dan tumis bahan-bahan yang di blande tadi sehingga keluar bau dan masukkan air asam jawa.
4. Gaul sehingga sabati dan kemudian masukkan santan pekat.
5. Gaul sehinggan sebati sehingga dan letakakn perasa ( sedikit garam dan gula ) sehingga masak kemudian ketepikan
6. Selepas itu, ayam perapan selama 1 jam tadi di bakar mengunankan pemanggang ajaib sehingga masak.
7. Setelah ayam siap di bakar simpan atas pinggan dan tuangkan kuah yang telah siap di masak tadi.
8. Siap untuk di hidangkan.

Sumber : Syazwana Mohammad.

Resepi ini sangat mudah dan sedap. Lagi di jadikan menu berbuka puasa bersama keluarga. Dengan adanya teknologi masa kini kita tidak perlu lagi bersusah payah. Seperti membakar ayam. Kalau dulu-dulu kena hidupkan api , dapatkan arang untuk membakar ayam namun dengan adanya Pemanggan ajaib semuanya menjadi mudah. Cuma beli kat Lazada jak dengan tawaran harga yang istimewa klik SINI.

Lazda Contest
Pemanggang Ajaib Lazda
Manakalan bab mengisar pula cuma gunakan blander !!!! masukkan kan kesemuanya sekali dan tekan suiz .. Pap!! Siap.. tak perlu lagi menggunakan lesung batu dan tumbuk satu persatu. Lepas tu boleh kisar macam-macam termasuk ais batu. Kalau nak order klik SINI.

Lazda Contest
Blander Pensonic Lazda
Dengan adanya Ladza semua barang yang anda inginkan berada di hujung jari just klik, bayar dan sampai!!! Bukan itu saja diskaun Lazda pun memang best.

Untuk pengetahuan kamu semua kini Lazda kini bermurah hati mengadakan Marhaban Ya Ramadhan yang berlangsung dari 19 Mei 2017 - 25 Jun 2017 yang mana menawarkan harga barang yang sangat-sangat murah sehingga diskaun 90% !!! bestkan.. Boleh la berjimat dalam ekonomi kita. Lagipun nak raya kena jimat banyak. Sempat lagi kalau kamu nak borong banyak-banyak. Masa dan tenaga pun dapat di jimatkan sertai merta!!! Just Klik, Pay then Get !!! Semuanya di lazda..

Lazda Contest
Klik SINI


30 May 2017

Kisah disebalik Ramadhan

Kisah disebalik Ramadhan | Kisah ini mengisahkan tentang kisah-kisah yang berlaku di bulan Ramadhan. Terdapat banyak kisah di sebalik Ramadhan yang perlu kita hayati. Dengan peristiwa-peristiwa seperti inilah insyaAllah kita akan lebih berjaya menghayati Bulan Ramadhan.

Kisah disebalik Ramadhan


Kisah Di sebalik Ramadhan 1

Hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-2 Hijrah

Terjadinya perang pertama di dalam Islam iaitu Perang Badar. Perang ini ialah perang yang berjaya memisahkan antara yang benar dan yang bathil (tidak benar). Semasa perang ini jugalah terbunuhnya firaun ummah iaitu Abu Jahal, musuh utama Islam.

Hal ini telah diceritakan oleh Dr Said Ramadhan al Boutie dalam kitabnya Feqh al Sirah al Nabawiyyah pada halaman 158. Al Mubarakfourie juga ada menyatakannya di dalam al Rahiq al Makhtum pada halaman 249. Dr Wahbah al Zuhailie menyokong pendapat ini dan menyatakannya di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh pada halaman 575.

Kisah Di sebalik Ramadhan 2

Hari Selasa, 17 Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah.

Tarikh ini merupakan hari Fathu Makkah iaitu Hari Pembukaan Kota Mekah. Pembukaan kota Mekah ialah salah satu peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam. Peristiwa ini yang menyebabkan kekuatan islam dan penyebarannya mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini dianggap satu kejayaan kepada Islam. Malah peristiwa ini merupakan tarikh keramat kepada kesempurnaan Islam. Seperti di dalam Surah Al Fath, ayat 1;

Sungguh, kami telah memberikan kepada kamu kemenangan yang nyata

Rasulullah SAW dan umat Islam berpuasa ketika bertolak dari Madinah dan sampai di Kadid, di antara I’sfan dan Amaj, baginda berbuka puasa. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdul Salam Harun di dalam kitab Tahzib Sirah Ibn Hisyam, pada halaman 198.


Kisah Di sebalik Ramadhan 3

Ramadhan, tahun ke-9 Hijrah.

Berlakunya peristiwa Perang Tabuk. Terdapat beberapa peperangan Tabuk pada bulan ramadhan tahun 9 hijrah. Rasulullah SAW keluar ke Tabuk pada bulan Rejab dan kembali ketika bulan Ramadhan. Peperangan ini memakan masa selama 50 hari. Secara tepatnya, peperangan di Tabuk memakan masa selama 20 hari sahaja. Manakala bakinya berlaku sepanjang perjalanan pergi dan balik. Peperangan Tabuk ialah peperangan yang terakhir yang diikuti oleh Rasulullah SAW. Peristiwa ini telah diberitahu kepada kita melalui kitab al rahiq al Makhtum, karangan al Mubarakfourie, pada halaman 517.

Kisah Di sebalik Ramadhan 4

21 Ramadhan tahun 610M

Hari Al- Quran diturunkan buat kita sebagai petunjuk dan peringatan. Peristiwa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’ berlaku pada waktu malam. Rasulullah SAW ketika itu berusia tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari. Berlaku perselisihan dalam kalangan ulamak, peristiwa kenabian itu berlaku di bulan Ramadhan. Ada juga berpendapat ianya berlaku pada bulan rabi’ul awal. Ada juga yang mengatakan dalam bulan Rejab.Namun kesepakatan di nyatakan pada bulan Ramadhan. Seperti mana firman Allah SWT di dalam surah al Baqarah, ayat 185;

Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran

Allah juga berfirman di dalam Surah al Qadr, ayat 1

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar

Dan seperti mana yang kita ketahui, malam lailatul qadar itu jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Ia dikuatkan lagi dengan firman Allah di dalam surah al Dukhan, ayat 3:

Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati. Sungguh, kamilah yang memberi peringatan

Rasulullah SAW berada di gua Hira pada bulan Ramadhan, justeru peristiwa penurunan al Quran itu berlaku pada bulan Ramadhan juga seperti yang kita ketahui. Namun, pendapat 17 Ramadhan adalah tarikh awal penurunan wahyu adalah pendapat jumhur ulamak.

Kisah Di sebalik Ramadhan 5

Bulan Ramadhan

Peristiwa penghantaran batalion perang selepas Fathu Mekah yang bertujuan memusnahkan musuh. Kesemuanya itu berlaku dalam bulan Ramadhan. Penghantaran tersebut adalah seperti berikut :

i. Rasulullah SAW mengutuskan Khalid bin Al Walid ke a’za. Penghantaran tersebut berlaku 5 hari terakhir di dalam bulan Ramadhan dalam tahun 8 Hijrah.
ii. Di utus Amru bin al A’s ke Suwa’. Lebih kurang 3 km dari Mekah.
iii. Di utus Saad bin Zaid al ashhilie ke minat bersama 20 tentera berkuda.

Kisah Di sebalik Ramadhan 6

Ramadhan tahun 9 Hijrah.

Peristiwa ini dikenali sebagai peristiwa Pengislaman Rombongan Tsaqif. Selepas kepulangan Rasulullah SAW  ke Madinah dari Tabuk dalam bulan Ramadhan, baginda telah didatangi rombongan Tsaqif daripada Thoif yang ingin menganut Islam. Hal ini telah dinyatakan dalam Sirah Ibn Hisyam pada jilid 4, halaman 141-144.

Kisah Di sebalik Ramadhan 7


Hari Jumaat, 25 Ramadhan, tahun ke-479 Hijrah.

Pada subuh hari tersebut, telah berlaku Perang Al Zilaqah ( laut yang terletak berdekatan dengan Portugal sekarang ini). Peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Portugis yang memiliki kekutan sebanyak 1000 tentera di bawah pimpinan Alfonso ke 6, raja Qisyhtallah. Peristiwa ini disebut di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh, karangan Dr Wahbah al Zuhailie, jilid 2 halaman 572.

Di dalam kitab Tarikh al Islam, karangan asan Ibrahim Hasan, jilid 4 halaman 118 menyatakan, seandainya Yusuf bin Tashfin yang menerima seruan jihad tersebut dan mengetuai tentera muslimin dalam peperangan Al zilaqah dan menang dalam peperangan tersebut, nescaya eropah kini sudah menganut Islam. Lihat sahaja kesan tersebut, beberapa universiti di Moscow, Berlin, London dan Paris telah menyediakan ruang untuk menyelidik al Quran.

Kisah Di sebalik Ramadhan 8

Hari Jumaat, 15 Ramadhan, tahun ke-658 Hijrah.

Peperangan Ain Jalut ini berlaku di Ain Jalut ( perkampungan diantara bisan dan Nablus di Palestin ). Dalam peperangan tersebut, tentera Monggol telah kalah dengan tentera kerajaan Mamalik. Kekalahan tersebut adalah titik penting berhentinya penguasaan tentera Monggol terhadap asia barat. Malah peristiwa tersebut telah membawa kepada kemerdekaan Mesir dan penggabungan antara Mesir dan Syam. Peristiwa ini telah digarap dengan teliti di dalam kitab al Alam al Islami fil asr al Mughulie, pada halaman 48.

Kisah Di sebalik Ramadhan 9

28 Ramadhan, tahun ke-92 Hijrah.

Peristiwa pembukaan Andalus ini diketuai oleh Thoriq bin Ziyad selepas kekalahan tentera pimpinan Roderick dalam peperangan yang cukup getir iaitu peperangan al Buhairah. Peperangan tersebut berlaku selepas tentera muslimin menawan Jabal thoriq atau Jabraltar. Kemudian, berlakulah penawanan Cordova ( Qurtubah ),Granada ( gharnatah ) dan Thulaitolah di Andalus. Sejarah ini boleh dirujuk melalui kitab al Tarikh al Siyasie Liddaulah al Arabiah, karangan Dr Abdul Mun’im Majid, jilid 2 halaman 204.

Moga kisah-kisah ini kita terus hayati dan jadikan pengajaran. Siapa tahun mungkin merupakan Ramadhan terakhir kita. Mari la kita berlumba-lumba dalam mengejar amal kebaikkan. Kisah ini Unni simpan sejak setahun yang lalu ( Penulis asal tidak dapat di kesan ).

Sabda Rasulullah SAW : 

“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.” 

[ HR Bukhari dan Muslim ]

Wallahualaum

Moga bermanfaat 


Resepi Peria Goreng Berlada Masakan Paling Mudah

Resepi Peria Goreng Berlada Masakan Paling Mudah | Resepi ini merupakan resepi yang paling mudah dan ringkas untuk disediakan. Resepi ini hanya menggunkan bahan-bahan yang sedia ada di rumah kamu. Selain meminati makanan asam seperti Kerabu Mangga unni juga meminati sayuran pahit seperti Peria , Hidangan Peria Goreng Berlada ini menjadi menu pilihan. Pedas dan pahit memang sedap.

Resepi Peria Goreng Berlada

Resepi Peria Goreng Berlada Masakan Paling Mudah
Peria Goreng Berlada


Bahan-bahan Peria Goreng Berlada

1. Peria 1 biji ( dihiris nipis dan di rendam dengan air garam selama 1 jam )
2. Ikan bilis 1 genggam.
3. Bawang putih 2 ulas ( di kisar )
4. Bawang merah - 3 ulas ( di kisar )
5. Cili api ikut suka ( di kisar )
6. Sos Tiram 2 sudu
7. Sedikit Garam
8. Secukup Rasa
9. Sedikit minyak

Cara Membuat Peria Goreng Berlada

1. Bawah merah, bawang putih dan cili api di kisar atau di tumbuk.
2. Masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing kemudian ketepikan.
3. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bahan-bahan yang di kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tiram.
5. Masukkan peria.
6. Masukkan perasa.
7. Bila peria masak masukkan ikan bilis yang telah di goreng tadi.
8. Siap untuk di hidang.

Resepi ini Unni ambil dari Blog Kak Suria Amanda. Sapa ak kenal beliau bog penuh masakan sedap!! Dan resepi ini memang sedap. Kami mendapatkan rasa yang terlalu pahit, peria hendaklah di rendam rendam selama 1 jam di dalam air garam. Cuma bezanya Unni gunakan peria biasa, orang selalu guna peria Katak. Kalau nak lagi menarik letak lada merah.

Bagi orang bujang macam unni ini. memang resepi ini sangat mudah dan sedap. Kalau unni masak suka bagi keringkan tanpa ada kuah sebab rasanya lagi sedap berbading ada kuah. Pastikan juga minyak tidak terlalu banyak. Ikan bilis pula unni sarankan kepala dan perutnya di buang, dan gunakan ikan bilis yang kecl-kecil. Kalau ada ikan bilis yang sedia tak ada kepala di jual baik guna yang itu.

Selamat Mencuba

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan Tempat Menarik Di Sabah | Sepilok merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan yang terletak di Sandakan Sabah. Tempat ini amat di terkenal di kalangan pelancong dalam negeri mahupun luar negara. Tempat ini merupakan salah tempat menarik di Sabah. Pusat Pemulihan Orang Utan ini di tubuhkan khusus untuk memelihara dan mengkaji Spesis haiwan yang semakin pupus ini

Dalam Sabah Road Trip Day 6 Unni kami berkesempatan melawat Pusat Pemulihan Orang Utan ini. Kami berpeluang melihat sendiri orang utan secara dekat di habitat mereka sendiri. Apabila kedalam sini selepas kaunter pembelihan tiket, Beg tidak di benarkan bawa masuk kedalam harus simpan di loker beg yang di sediakan , begitu juga dengan Handphone bimbit. Hal Ini demikian bagi memastikan barang-barang kamu selamat dari Orang Utan Liar ( orang Utan suka rampas barang-barang para pengunjung )

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah. Pusat pemulihan Orang Utan ini telah di tubuhkan pada tahun 1964 lagi yang memberi perlindungan dan pemuliharan kepada anak orang Utan yang hidup terbiar dan di takbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah. Terdapat dua jenis hidupan Orang Utan di sini iaitu Orang Utan Liar yang bebas berkeliaran di dalam Pusat pemulihan Utan ini dan Orang Utan yang di Pusat Asuhan.

Waktu Melawat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Kehadiran kamu kesini haruslah menepati masa jika tidak kamu tidak akan berpeluang melihat sendiri orang Utan di sini, iaitu kamu haruslah datang pada waktu orang Utan di beri makan. Waktu yang terbaik melawat adalah sekitar jam 9.00 AM sehingga 3.00PM . Make Sure kamu datang waktu yang benar!!! Kamu juga dilarang membuat bising ketika masuk ke kawasan Orang Utan ini bagi mengelakkan Orang Utan rasa terancam dan bertindak agresif terhadap pengunjung.

Namun tempat ini di buka setiap hari 9.00 AM - 5.00 PM.

Tiket Masuk

Warga Negara  ~ Dewasa : RM 5.00 Kanak-kanak : RM 2.00
Bukan Warganegara ~ Dewasa : RM 30.00 Kanak-kanak : RM 15.00

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Waktu orang Utan di beri makan oleh perkerja yang berpengalaman, kamu akan dapat meyaksikan sendiri mereka sendiri namun tidak di benarkan mengelurkan sebarang bunyi termasuk tapak kaki. Kalau bernasib baik Orang Utan ini akan datang dekat ke bahagian ruangan penonton so boleh la kamu ambil gambar bersama Orang Utan di sini.

Bagunan Asuhan Luar Orang Utan Sepilok


Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Seterusnya kami membuat keputusan untuk ke Bagunan Asuhan Orang Utan. Bagunan Asuhan ini menempatkan beberapa ekor Orang Utan yang di asuh dengan baik oleh penjaga di sini. Kat dalam ini kamu hanya boleh meyaksikan orang Utan dari cermin kaca.

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan Tempat Menarik Di Sabah

Tempat ini turut di lengkapi dengan Cafe, kedai cenderamata dan tandas Awam bagi memudakan para pengunjung. Tempat ini juga bersebelahan dengan BORNEO SUN BEAR CONSERVATION CENTER ( BSBCC ). Lepas melawat orang utan boleh la melawat bear pulak.

Boleh la jadikan Tempat ini sebagai Destinasi Pelancongan kamu di Sabah. Sambil melawat Orang Utan sambil melawat Bear kat sebelah. Nantikan entry unni tentang Sun Bear Pulak.

Sekian.


29 May 2017

Perkara Sunat Di Bulan Ramadhan

Perkata Sunat Di Bulan Ramadhan | Amalan di bulan Ramadhan akan mendapat pahala yang berganda-ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Terdapat banyak perkara sunnat di bulan Ramadhan ini yang boleh kita amalkan.

Dalam menyempurnakan ibadah puasa yang wajib marilah kita menambahnya dengan amalan-amalan sunnah. In shaa Allah moga amalan kita sentiasa di redhai oleh Allah SWT. Tambahan pula bulan Ramadhan ini hanya datang sekali dalam setahun.

Antara Perkata Sunat Di Bulan Ramadhan

1. Segerakan berbuka puasa setelah yakin masuk waktu ( Magrib )

Di galakan menyegerakan waktu berbuka puasa setelah di yakini matahari telah terbenam. Namun jika was-was di wajibkan melambatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sabda Rasulullah SAW
Manusia itu akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan waktu berbuka puasa

[ HR Bukhairi dan Muslim ]
2. Berbuka dengan buah Kurma

Apabila di bulan Ramadhan, Rasulullah SAW akan berbuka dengar kurma basah, jika tiada kurma basah baginda akan berbuka dengan kurma kering ( tamar ) namun jika tiada kurma kering, Baginda akan berbuka dengan beberapa teguk air [ HR Abu Daud ]

Apabila kamu ingin berbuka, berbuka dengan kurma kering dan jika kamu tidak mendapatinya maka berbuka lah dengan air. [ HR Abu Daud ]

3.  Bersahur

Sabda Rasulullah SAW
“ Makanlah sahur, sesungguhnya pada waktu sahur itu terdapat keberkatan
[ HR Bukhairi dan Muslim ]

 Bersahurlah walaupu hanya seteguk air
[ HR Ibn Habban ]
4. Melewatkan waktu sahur

Digalakan melambatkan waktu sahur tetapi tidak telalu lewat dan di sunat kan waktu imsak ( waktu berjaga-jaga ) menahan diri daripada memakan sesuatu sekitar tempoh bacaan 50 ayat ( lebih kuran 15 minit ) sebelum waktu fajar.

Sabda Rasulullah SAW
“ Umat ku terus berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan waktu berbuka puasa dan melewatkan sahur

[ HR Ahmad ]
5. Bedoa/Zikir ketika berbuka puasa

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ. ذَهَبَ الظَمَأُ، وَابْتَلَّتْ العُرُوْقُ، وَثَبَتَ الْأجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ

الْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِيْ فَأَفْطَرْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَلِيْ

Kemudian, berdoa dengan apa sahaja yang dimahukan.


Ertinya : 

“Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa. DenganMu aku beriman. Dengan rezekiMu aku berbuka. Hilanglah dahaga, basahlah tekak dan tetaplah ganjarannya jika dimahukan Allah. Segala puji bagi Allah yang membantuku hingga aku dapat berpuasa, yang memberiku rezeki hingga aku dapat berbuka. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau ampunkanlah aku”.

[ Doa ini diriwayatkan awalnya oleh Abu Daud dan akhirnya oleh Ibnus Sunni ]

6. Perbanyakkan sedekah

Memperbanyakkan amalan-amalan yang baik, seperti bersedekah. Rasulullah di tanya sedekah manakah yang paling afdal??

Lalu Rasululla SAW bersabda
“ Sedekah pada Bulan Ramadhan
[ HR Al-Tirmizi ]

 Rasulullah SAW adalah seorang yang pemurah dan lagi pemurah ketika bulan Ramadhan
[ HR Bukhari ]
7. Solat Tarawih 

Lakukan solat tarawih secara berterusan sama ada di rumah atau di masjid sehingga akhir Ramadhan. Baca SINI untuk tahu Solat Tarawih Zaman Rasulullah SAW dan Cara Solat Tarawih Di rumah baca kat SINI.

Sabda Rasulullah SAW
“ Barangsiapa yang berqiam (mendirikan Solat Tarawih) di Bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan menghitung ganjaran, nescaya diampunkan baginya dosanya yang telah lalu

[ HR Bukhairi dan Muslim ]
8. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa

Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa mempunyai ganjaran pahala yang sangat besar.

Sabda Rasulullah SAW
“ Barangsiapa yang menjamu orang berbuka puasa, nescaya dia beroleh sama pahala seperti orang yang dijamu itu, tanpa berkurang sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu

[ HR Al-Tirmidzi ]
9. Membaca Al-Quran

Memperbanyakkan bacaan Al-Quran sambil bertadabbur (menghayati) maknanya. Ramadhan merupakan bulan Al-Quran kerana ayat-ayat pertama Al-Quran di turunkan pada bulan Ramadhan.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :
“ Ramadhan adalah ( bulan) diturunkannya Al Qur'an , sebagai panduan untuk umat manusia , juga tanda yang jelas untuk bimbingan dan penilaian ( Antara benar dan salah ) . Selanjutnya ,jika salah seorang dari kamu mencapai bulan itu,maka ia harus berpuasa
10. Beri'tikaf di masjid atau Surau

Di sunatkan beri'tikaf di Masjid atau Surau pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 187
“ Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam masjid
Dari Abu Hurairah RA berkata
“ Rasulullah SAW biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari

[ HR Bukhari ]
Dari Aisyah RA berkata:
“ Rasulullah SAW beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda menyuruh isteri-isteri baginda pun beri’tikaf 

[ HR Bukhari dan Muslim ]
Mari lah kita mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk berbanyak ibadah kerana pahala yang diperolehi lebih banyak dari bulan-bulan islam yang lain..

Wallaualam

Moga bermanfaat


Resepi Ambuyat Aka Kepurung Makanan Tradisional Sabah

Resepi Ambuyat Aka Kepurung Makanan Tradisional Sabah Ambuyat atau kepurung merupakan satu makanan yang sama namun di bezakan dari segi penyediaan. Ambuyat aka Kepurung ini merupakan makanan yang berasas kan Sagu. Makanan ini menggunakan sagu kalau sagu tak ada boleh ganti dengan tepung kanji. Unni guna selalu guna tepung kanji sebab sagu susah nak dapat kat sini.

Namun rasanya juga berbeza-beza mengikut bahan yang di gunakan. Bahan-bahan bergantung kepada cita rasa masing-masing, namun bahan utama yang sering digunakan adalah ikan atau ikan sardin dan sayur yang bersesuaian.

Unni akan berkongsi menu Ambuyat atau kepurung  yang paling mudah!! Ini juga merupakan salah satu makanan kegemaran Unni. Seminggu wajib makan 3 kali. 

Cara penyediaan Ambuyat Aka Kepurung

Pebezaan antara Ambuyat dan Kepurung adalah dari segi penyediaan sahaja.

Resepi Ambuyat Aka Kepurung Makanan Tradisional Sabah

Jika penyediaan seperti ini akan di gelar Ambuyat, Dimana sagu di letakkan di tengah-tengah dan lauk pauk di letakkan di sekitarnya. Guna lauk bergantung kepada cita rasa. Selain Sagu, lada juga adalah bahan wajib yang perlu ada.

Resepi Ambuyat Aka Kepurung Makanan Tradisional Sabah

Penyediaan seperti ini pula di panggil Kepurung. Di Mana Sagu dan lauk pauk di campurkan sekali dalam satu bekas. Sagu pula di bulat-bulat kecil terlebih dahulu sebelum di masuk bersama-sama lauk yang lain.

Unni lebih suka buat versi Kepurung kerana lagi senang da sedap. 

Cara Membuat Ambuyat Aka Kepurung 

Bahan-bahan Ambuyat Aka Kepurung

1. Sagu / tepung kanji
2. sayur kacang panjang dan kangkung
3. Kacang Tanah
4. Ikan masak / sardin
5. Lada
6. Garam secukupnya
7. Limau
8. Lada 

Cara membuat sagu Ambuyat Aka Kepurung 



1. Bancuh sagu/ tepung kanji [ rujuk video di atas ]
2. Bulat kan seketul-seketul letak dalam besen yang berisi sedikit air [ Rujuk gambar di bawah ] bagi penyediaan versi kepurung jika versi ambuyat tidak perlu

Resepi Ambuyat Aka Kepurung Makanan Tradisional Sabah

Cara Membuat Lauk Ambuyat Aka Kepurung 

1. Goreng kacang tanah dan tumbuk sampai halus
2. Rebus sayur kacang, bersama-sama sayur kangkung.
3. Jika guna ikan, ikan ditumbuk sampai lumat kalau guna sardin hancurkan isi sardin guna sudu.
4. Bila kedua-dua sayur sudah masak, masukkan ikan / ikan sardin yang telah tumbuk[ api perlahan ]
5. Masukkan kacang kedalam sayur
6. Letak garam secukupnya danbiarkan mendidih
7. Campurkan sayur bersama-sama sagu [ macam gambar cara 2 kat atas ]
8. Tumbuk lada dan letakkan sedikit garam dan sediakan di tempat yang berasingan.
8. Lada dan limau letak ikut suka ke mangkuk masing-masing
9. siap!!

Resepi yang unni kongsikan ini adalah versi kepurung. jika ingin membuat versi ambuyat just perlu menyediakan Sagu. dan lauk di masak berasingan dan di sediakan si tempat yang berasingan.

Selamat Mencuba


Bukit Sungai Udin, Tawau

Bukit Sungai Udin, Tawau | Bukit ini agak terkenal di Tawau namun telah di salah anggap oleh para pendaki. Bukit ini sebenarkan merupkan Bukit Sungai Udin namun ramai yang mengelarkan Lion Hill ( termasuk di Instgram Unni sendiri ). Lion Hill sebenarnya terletak di sebelah Bukit Sungai Udin Ini. Tapi if nak kepuncak Lion Hill pun boleh melalui kawasan ini atau melalui Bebika Lion Hill Tawau.

Baca kat sini Bebika Lion Hill Tawau

Bukit Sungai Udin, Tawau

Bukit Sungai Udin ini terletak di Sungai Udin Tawau, terletak 58.3KM dari Bandar utama Tawau kira-kira 1 jam 5 minit perjalanan. Bukit ini merupakan bukit yang paling jauh dari bandat utama Tawau. Dengan ketinggian yang tidak di ketahui. Namun jika carian googel tidak Berjaya mungkin di sebabkan kawasan ini merupakan kawasan pedalaman dan tanaman kelapa sawit so hanya orang-orang yang tinggal kawasan area Tawau yang mengetahui untuk pertanyaan boleh email kat unni ( cik.unnianje@gmail.com )

Allahamdulilah Bukit Sungai Udin ini merupakan misi Jun bagi 1 Month 1 Hill namun telah di awalkan yang di laksanakan pada bulan mei ini kerana bulan Jun telah memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak. So bulan puasa ini segala aktiviti hiking akan di hentikan seketika.

Bukit Sungai Udin, Tawau
Starting Point
Penyertaan kali ini adalah penyertaan yang paling ramai dalam misi 1 Month 1 Hill. Di mana telah disertai seramai 39 orang ( turut di sertai beberapa orang lelaki ) kerana penyertaan kali ini Unni buka kepada umum.

Pemulakan pendakian memang la sangat mencabar. Kawasan bukit sungai udin ini merupakan kawasan kelapa sawit seperti di Bukit Lee Man Kui. Namun keadaan sini sangat-sangat berbeza dengan Bukit Lee Man Kui dan jauh lebih mencabar, sebab tu kami menbawa pendaki lelaki.

Bukit Sungai Udin, Tawau

PART 1 tempat wajib bergambar. Kawasan ini adalah separuh perjalanan ( 50% ) sahaja tapi boleh lihat pemandangan Kawasan Sungai Udin. Kawasan ini agak tinggi yang unni boleh tafsirkan ketinggian melebihi 1000M. Namun kena berhati-hati kerana hanya satu laluan yang ada kiri dan kanan adalah jurang.

Bukit Sungai Udin, Tawau

Tempat ini adalah salah satu tempat yang agak berbahaya, hanya terdapat laluan kecil untuk kami melalui kawasan ini, rumput-rumput itu adalah kawasan jurang. Bagi yang gayat memeng di sarankan jagan pandang belakang. Gambar ini di ambil semasa turun dari bukit.

Bukit Sungai Udin, Tawau

PART 2 tempat wajib bergambar 70% perjalanan. Pokok ini merupakan pokok tunggal yang megah berdiri tanpa sehelai daun padanya. Kalau tumpang maybe boleh buah sebiji rumah kecil kan. Hihihiihi. Subahanallah masih megah berdiri kukuh di kelilingi pokok kelapa sawit.

Bukit Sungai Udin, Tawau

Daun-daun kat sini juga da agak kering mungkin disebabkan cuaca yang agak panas dan selepas ini tiada lagi menjumpai kawasan curam namun kamu akan melalui kawasan rumput yang lebih tinggi dari kamu.. Nak jalan tu memang payah sebab tak nampak apa hanya berpandukan laluan kecil yang telah di lalui oleh pendaki sebelumnya.

Bukit Sungai Udin, Tawau

Haa nmpak tak rumput tu. Kalau rasa tinggi tu melebihi 200M boleh kot melepasi tinggi rumput.

Bukit Sungai Udin, Tawau

PART 3 wajib bergambar dimana perjalanan 80%. Kat sini memang da boleh lihat view full kaawasan Sungai Udin ni, hanya boleh melihat beberapa buah rumah dan selebihnya kawasan kelapa sawit . Lihat gambar dan nilai sendiri betapa indahnya pemandangan kat sini. Bak kata pepatah biarlah gambar berbicara gitu. Subahanallah.

Bukit Sungai Udin, Tawau

Ini adalah tempat yang sangat-sangat wajib kamu ambil gambar!!! Tempat ini la ramai yang ambil gambar then caption Lion Hill. Sebenarnya ini bukan la Lion Hill tetapi Bukit Sungai Udin. Lion Hill terletak bersebelah bukit ini. Satu kawasan pelancongan yang di namakan Bebika Lion Hill dan mempunyai tiket masuk. Kat sini percuma saja. So PART 4 wajib ambil gambar 90% perjalanan. Ramai yang hanya menhentikan perjalanan di sini. Bergambar kat sini then kembali turun semula.

Bukit Sungai Udin, Tawau

Yes tempat ini juga sangat wajib bergambar!!! PART 5 wajib ambil gambar 93% perjalanan. Kami di temani oleh si JEJAKA ( suami kepada ahli muslimah hikers paling depan berbaju hijau ). Kawasan ini juga agak berbahaya. Kalau tergelinci maybe terus GOLL.. hihihi gurau jak. Just be carefull if melalui kawasan ini. Agak jarang para pendaki untuk meneruskan perjalanan kesini mungkin keadaan jalan yang sangat-sangat tidak selamat dan tak ada apa lagi yang istimewa di atas sana.

Bukit Sungai Udin, Tawau

97% perjalanan PART 6 wajib ambil gambar. Berehat sebentar di bawah pohon pokok yang satu-satu tempat berteduh kat atas sini. lebih kurang 10 minit kami habiskan masa di sini keran time ini azan Zohor sedang berkumandng 12.23 PM.

Bukit Sungai Udin, Tawau

100% perjalanan PART 7 wajib ambil gambar. Kami memutuskan untuk menghentikan pendakian di atas sini kerana keadaan jalan yang semakin semak dan rumput semakin tinggi. Ini merupakan kawasan yang paling tinggi. Hanya beberpa orang sahaja yang meneruskan naik kesini manakala yang lain ada turun terlebih dahulu dan ada yang menunggu di pokok tempat berehat tadi.

Antara bukit-bukit Tawau yang Unni pernah daki, ini lah bukit yang paling cantik dan mencabar. Betul-betul menguji stamina dan kesabaran. Seperti biasa Unni merupakan orang terakhir yang akan sampai untuk mestikan semua ahli tiba di atas. Terakhir dan sibuk Selfie!! Hahahahahaha


Perjalanan kembali pulang ... Macam mana naik macam tu juga la turun semula..

Tip Mendaki Bukit Sungai Udin, Tawau

1. Pastikan membawa bekalan air secukupnya.
2. Patikan stamina cukup untuk hiking.
3. Patikan membawa seorang Guide yang jalan.
4. Pakai kasut yang sesuai.
5. Berjalan terus tanpa pandang belakang.
6. Bawa bekalan makanan sedikit.

Selamat mendaki semua..

BACA INI JUGA : Bukit Gemuk, Tawau
                                Bukit Lee Man Kui, Tawau
                                Bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna


28 May 2017

Cara Solat Tarawih Di Rumah

Cara Solat Tarawih Di Rumah | Islam itu sangat mudah, solat tarawih bukanlah hanya perlu di lakukan di Surau atau masjid sahaja tetaapi boleh di lakukan sendirian di rumah seperti yang Rasulullah SAW pernah lakukan baca kat SINI. Dengan itu Unni akan kongsikan cara solat tarawih.

Seperti yang kita ketahui pengertian solat Tarawih yang mana solat dalam keadaan senang, hati yang lapang dan tidak tergesa-gesa. Tambahan pula wanita lebih di galakan untuk solat di rumahnya sahaja sama ada solat wajib atau sunat. Solat ini juga boleh di lakukan sepanjang malam selepas isyak dan sebelum subuh.


Islam sangat memudahkan umatnya, jadi tiada alasan dalam tidak menunaikan solat Sunat Tarawih ini. Ada anak kecil, masjid jauh, tak sempat la, ini semua bukanlah alasan untuk tidak melaksanakan. Tiada perkara yang susah melainkan diri kita sendiri.

Siapa yang boleh Solat Tarawih Di Rumah

Tiada golongan yang di khas untuk solat Tarawih dirumah, sesiapaa pun boleh terutama kaum wanita yang lebih baik solat di rumah sahaja. Namun kaum lelaki boleh juga solat tarawih dirumah tetapi lebih di galakkan solat berjemaah di masjid atau surau.


Cara Solat Tarawih Di Rumah

Pastikan ketika ingin solat tarawih di rumah keadaan adalah tenang, lapang , selesa dan tidak tergesa-gesa. Bagi yang mempunyai anak boleh la menidurkan anak terlebih dahulu bagi yang mempunyai kerja bolehlah menyiapkan kerja terlebih dahulu kerana waktu tarawih adalah panjang selepas solat isyak sehingga lewat malam.Apa yang penting ia dilakuka ssetelah kamu melaksankan solat fardu isyak.

1. Niat ( Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Taala )
2. Tiada had bilangan rakaat. Buat la mana yang mampu. Paling ringkas dilakukan 11 rakaat dengan 3 witir, di mana setiap 2 rakaat 1 salam dan witir 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
3. Cara adalah sama seperti menunaikan solat fardu subuh namun tak ada doa Qunut, di mana bacaan surah Al-Fatihah adalah wajib dan surah seterusnya adalah wajib ( baca mana yang kamu tahu )
4. Selepas solat, bacaan di luar daripada solat seperti selawat, zikir dan bedoa tidak termasuk dalam amalan solat tarawih. Namun setiap 4 rakaat yang telah di lakukan di galakan berdoa dan di galakan berhenti berrehat seketika ( zikir, selawat ) setiap kali salam.

Witir Solat Tarawih di Rumah

Solat witir adalah penutup solat-solat sunat. Solat witir merupakan solat sunat yang di tuntut ( Sunat Muakkad ). Solat Witir di lakukan Maximum 11 rakkat 6 salam namu sebaiknya di lakukan 3 rakaat 1 salam. Namun jika berniat ingin melakukan solat sunat Qiyamullai solat witir boleh di tangguhkan selepas solat Qiyamullai di laksanakan.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
 
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  [x3 ]

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai''.

Mudahkan. Boleh lah kaum-kaum hawa mula melakukan solat sunat tarawih ini di rumah sahaja tanpa perlu ke masjid. Namun hal demikian bukanlah melarang kamu untuk pergi kemasjid solat berjemaah. Solat tarawih di rumah adalah lebih mudah dan selesa, kemungkinan juga kamu lebih khusyuk kerana hanya kamu dan Allah ketika itu tanpa sebarang gangguan.

Wallahualam.

Moga bermanfaat.