27 May 2017

Resepi Kerabu Mangga Masakan Paling Mudah

Resepi Kerabu Mangga Masakan Paling Mudah ini merupakan menu berbuka puasa yang paling mudah dan senang unni dapat sediakan buat kelurga Unni. Memandangkan  Ramadhan telah jatuh pada hari sabtu so dapat la unni melaksanankan  sahur , Tarawih dan berbuka puasa pertama bersama keluarga di kampung.

Memandangkan di kampung semua apa boleh buat, maklumla rumah mak kita lengkap dengan peralatan dan keperluan dapur berbanding rumah bujang ( sewa ) unni.

Resepi Kerabu Mangga Masakan Paling Mudah
Kerabu Mangga

Bahan-bahan kerabu Mangga

1.       Mangga muda
2.       Kacang Tanah
3.       Cili api ( di hiris )
4.       Lada merah ( di hiris )
5.       Bawang merah ( dihiris )
6.       Udang Geragau
7.       Sedikit garam dan gula

Cara-cara membuat Kerabu Mangga

1.       Mangga di hiris-hiris.
2.       Kacang Tanah dikisar sehingga halus.
3.       Masukkan hirisan mangga, lada merah, cili api, bawang merah dan kacang yang telah di kisar.
4.       Masukan udang.
5.       Gaulkan semua bahan-bahan tersebut sehingga rata.
6.       Letak sedikit garam dan gula

Resepi kerabu Mangga ini Unni ambil dari blog Kak Ana Suhana namun menu nya di gubal sedikit just guna bahan yang ada. Thank kak Ana sudi share resepi kat whatsapp. Hihihihihi. Unni adalah seorang peminat tegar mangga. So memang menu ini menjadi pilihan pada ramadhan pertama. Namun mangga  tidak elok di makanan dalam jumlah yang berlebihan so ambil la kadar yang berpatutan sahaja.

Simple kan!!! Mudah gitu.. Resepi ini hanya perlu di kisar, di hiris dan di gaul so tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Udang itu turut boleh di gantikan dengan ikan bilis. Lebih sedap lagi jika diletakkan sedikit sos ikan. Namun unni tak jmpa sos ikan sebab tu tak letak.

Resepi ini juga sangat sesuai untuk orang bujang macam Unni dan kalau malas menguasi diri. Rasa dia??? Tak payah cakap la, buat sendri dan rasa sendiri.. Unni buat mangga sekilo tu pun tak cukup, nak lagi.. Sangat sesuai di makan besama nasi tapi lagi sedap di makan begitu sahaja.

Selamat Mencuba

11 comments:

  1. Yeahhh. Next time buat mesti lagi perfect dear. 😘😘

    ReplyDelete
  2. sambil baca sambil telan air liur nih huhuhu...nak cuba la

    ReplyDelete
  3. Pernah berapa kali je try kerabu mangga ni. Dok utara baru kenal hehe. Tapi so far tak pernah try buat sendiri lagi.

    ReplyDelete
  4. Sekali pandang, ingatkan jering dihiris halus tapi mangga rupanya. Anything to do with mangga sememang sedap! Saya pon peminat tegar mangga, especially masam-masam manis.

    ReplyDelete
  5. Mangga di rumah dicuri monyet 😂😂😂

    ReplyDelete
  6. Sedap sedap. Lama x buat kerabu mangga ni. Kalau buat ni,mmg cnfirm lajuu je menambah masa berbuka. Hee

    ReplyDelete
  7. kerabu mangga ni memang sedap tak kira masa bulan puasa atau pun tak kan...nyummy

    ReplyDelete
  8. Sedaapp. Menu sedap sepanjang tahun. Hehe. Kat rumah mak mmg best sbb semua bahan nak buat ada. Hehe.

    Shad
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/05/resepi-mudah-udang-goreng-kunyit-planta.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^