31 May 2017

Resepi Sotong Sambal Belacan Masakan Paling Mudah Dan Sedap

Resepi Sotong Sambal Belacan Masakan Paling Mudah Dan Sedap | Resepi ini menjadi pilihan Unni pada Ramadhan ke 4. Dengan penyediaan yang sangat mudah dan sedap. Masakan ini juga boleh di jadikan masakan pembuka selera kerana agak pedas. Bagi peminat makanan pedas boleh la mencuba resepi ini. Bagi yang susah untuk bersahur jadikan makanan pedas sebagai pembuka selera.

Sotong Sambal Belacan

Resepi Sotong Sambal Belacan

Bahan-bahan

1. Sotong 1/2 kg - di potong-potong dan tos sehingga kering
2. Cili Api ikut kepedasan - di kisar
3. Belacan - di kisar
4. Bawang merah 2 ulas - di kisar
5. Bawang Putih 2 ulas - kisar
6. Bawang Besar 1 biji - di potong bulat
7. Lada Merah 1 biji - di potong-potong
8. Air Asam Jawa
9. Sedikit gula 
10. Sedikit garam.
11. Sedikit Minyak

Cara-cara membuat 

1. Cili api, belacan, bawang merah, bawang putih di kisar.
2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak kemudian masukkan bahan-bahan yang di kisar sehingga garing.
3. Masukkan sedikit  gula dan sebatikan sehingga keluar minyak dan kering.
4. Masukkan sotong yang telah di tos sehingga kering dan gaul sehingga sebati.
5. Kemudian, masukkan air asam jawa dan sedikit garam dan gaul sehingga sebati dan masak
6. Akhir sekali masukkan bawang besar yang di ptong bulat dan lada merah yang dipotong-potong tadi kemudian gaul.
7. Siap untuk di hidangkan.

Pastikan kamu menggunakan sotong yang segar dan bersaiz besar. Bersihkan sotong tersebut, buang dakwat, tulang dan biji atas kepala sotong. Masakan bersih dan sihat. Elakkan menggunakan sotong yang bersaiz kecil kerana apabila sotong di masak sotong akan menjadi kecut dan akan hancur apabila di tumis bersama-sama bahan-bahan yang lain.

Resepi ilham daripada blog kak Suria Amanda yang telah di gubal menjadi Sotong Sambal Belacan!!! Unni memang speasis sukakan masakan pedas kalau tidak pedas tak lalu nak makan.

Selamat Mencuba


9 comments:

  1. kalau peminat makanan pedas makan pedas time sahur, memang segarkan mata membuka selera. mau ditry resepi ni sebab first time tau pasal resepi sotong sambal belacan

    ReplyDelete
  2. Kak Oni jalan2 sini. Hikss! Sedapnya sotong sambal belacan. Kenapalah tak pernah terfikir.. nanti boleh cuba ni :)

    ReplyDelete
  3. Wah sedap sekali kelihatannya tu

    ReplyDelete
  4. oiii punya sedap.. pandai juga aku mask ni sotong tp klu mo makan payah skit sbb aku nda tahan bau sotong tu haha

    ReplyDelete
  5. pandainya masak untung bakal suami

    ReplyDelete
  6. unniiiii. tengok gambar pun meleleh air lioqqq

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^