02 May 2017

Hati Adalah Raja

﷽‎

 
Assalamualaikum,


Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung. Allahu.. Bagaimana pula dengan kita?? bagaimana pandangan kita terhadap dosa sendiri?? Tanya hati kita..
Hati adalah kunci segalanya dan raja kepada anggotan badan. 

Sabda Rasulullah SAW : 

 Dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, baiklah seluruh jasad. Apabila daging itu buruk, buruklah seluruh jasad. Daging itu adalah hati
Hr Bukhari dan Muslim. 

Hakikatnya kita semua tidak sedar. Apa yang kita tahu bahawa dosa itu berbeza-beza dan berlainan mengikut kesalahan yang kita lakukan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : 

Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat lalu berhenti melalukan dosa dan beristifar, dia bersih daripada bintik hitam itu. Apabila dia tetap melakukan dosa, semakin banyak bertambah titik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutupnya seluruh hatinya. Itu adalah karat yang disebut oleh Allah SWT dalam surah Al-Mutoffifin, ayat 14 yang bermaksud 'sebenarnya apa yang mereka lakukan, mengaratkan dan menutup hati mereka sendiri
[Hr Bukhari dan Muslim]

Hati yang gelap menjadikan jiwa kita semakin terpadam. Hubungan kita dengan Allah telah terputus. Lalu bila hubungan dengan Allah terputus? kita lebih gemar melakukan maksiat tanpa rasa bersalah. Bila kita beriman kita tidak akan melakukan dosa.

Pesanan Rasulullah SAW :

“ Tidak mencuri seorang pencuri sekiranya ketika dia mencuri, dia beriman. Tidak berzina seorang penzina, sekirannya ketika dia berzina dia beriman. Tidak meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak, dia beriman
[Hr Bukhari dan Muslim]

Dosa dan keimanan ada dua dunia yang berbeza dan tidak mungkin boleh bersatu dalam satu masa. Hati yang gelap pula sudah pasti memadamkan keimanan. Namun keimanan mampu menjernihkan hati yang gelap.

Setiap dosa yang kita lakukan pasti akan masuk kedalam ''AKAUN BANK'' yang sama. Ibarat virus mejalar dan memusnakan, memadamkan pahala-pahala dan , menggelapkan jiwa. Sekiranya kita tidak menghalangnya, tidak dicuci dan dibersihkan bukan sahaja ia merosakkan hati tetapi juga sikap, akhlak dan peribadi kita sendiri.

Setiap amalan kita diterjemahkan oleh hati. Baik hati baiklah amalah kita. Bila kita menjadi malas beribadah, pastinya kita merasa jauh dari Allah SWT. Mula merasa kecewa, putus asa, marah dan penat melakukan kebaikan. Sebab apa?? SEBAB dosa sudah tutup kita daripada mengigati Allah.


Wallah'ualam

Moga bermanfaat.

3 comments:

  1. Thanks sharing uni.. hati2 dgn hati

    ReplyDelete
  2. Kadang2 hati rasa tak tenteram....kena check hubungan dengan Allah :')

    ReplyDelete
  3. Hati-hati dalam menjaga hati ❤

    ReplyDelete

Assalamualaikum Kamu, TQ sudi singgah.. Sila tingalkan jejak kamu yer, agar tak hilang dari RADAS dan maaf jika tak sempat membalas comment, saya akan membalas kunjungan anda ^_^